Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Pendaki Malaysia Terjatuh Di Gunung Rinjani

Gempak 03/05/2025 | 17:59 MYT

Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

"Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian,” kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan pada Sabtu.

Pihak taman negara menjelaskan pendaki, yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.

RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

"Pendakian adalah satu pengembaraan, tetapi keselamatan adalah keutamaan,” kata pihak taman negara, sambil menggesa semua pendaki untuk sentiasa peka, saling membantu, dan menghormati alam sekitar.

Sumber: Sinar Harian menerusi BERNAMA

#Gunung Rinjani #Pendaki Malaysia