gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
HIBURAN
Emma Watson Diharamkan Memandu 6 Bulan
HIBURAN
Pentas Utama Musnah Terbakar, Festival Tomorrowland Tetap Diteruskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pendakwah Selebriti Amang Seksual Remaja Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa - Polis

Gempak
Gempak
17/07/2025
10:29 MYT
Sponsor Banner
Pendakwah Selebriti Amang Seksual Remaja Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa - Polis
Polis mengesahkan seorang pendakwah selebriti yang didakwa terbabit kes amang seksual seperti didedahkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sudah pun didakwa di mahkamah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata setakat ini, pihaknya menerima lapan laporan polis terhadap pendakwah selebriti terbabit.
Menurut beliau, daripada jumlah itu tujuh kes berlaku di Pulau Pinang, manakala satu di Kedah.
"Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang kini dalam perbicaraan.
Disyorkan "Semua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun dan pendakwaan terhadap suspek sudah dibuat pada 2023, 2024 dan juga tahun ini," katanya ketika dihubungi.
Ahad lalu, Nurul Izzah dalam hantaran di Facebook memaklumkan pendakwah terbabit menggunakan minat salah seorang mangsa sebagai jalan untuk memulakan perbuatan terkutuknya.
"Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama.
"Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji," katanya melalui hantaran itu.
Beliau memaklumkan, laporan polis dibuat mangsa selepas gangguan seksual itu berlaku.
Difahamkan, pendakwah terbabit turut mengambil tindakan saman terhadap keluarga mangsa, serta meminta permohonan maaf secara terbuka.
Nurul Izzah turut memberi jaminan akan terus melindungi mangsa dan memastikan keadilan berpihak kepada yang benar.
Sumber: BH
Topic Berkaitan
#Selebriti
#Polis
#Nurul Izzah
#Pendakwah
#Dakwa
#Amang Seksual
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement