Laman Utama

“Pendarahan, Rasa Pening Nak Pitam…”- Terhentak Batu Ketika Mandi Di Sungai, Raja Atiq Kena 5 Jahitan

gempak
Syafiqah Jalal
15/09/2021
00:01 MYT
Sponsor Banner
“Pendarahan, Rasa Pening Nak Pitam…”- Terhentak Batu Ketika Mandi Di Sungai, Raja Atiq Kena 5 Jahitan
Keseronokkan bermandi manda di sungai berakhir dengan tragedi apabila pelakon Raja Atiqqullah, 21, mengalami kecederaan di kepala dan dikenakan lima jahitan.
Menceritakan kembali nasib yang menimpanya pada Ahad lalu itu, Raja Atiq memberitahu ia berlaku ketika dia hendak terjun ke dalam sungai dan tanpa disedari kepalanya terhantuk pada batu di dalam sungai di Sungai Semungkis, Hulu Langat.
“Mula-mula sampai di situ saya banyak ambil gambar atas batu sungai dan membiarkan rakan-rakan yang lain bermandi-manda terlebih dahulu.
“Tidak lama kemudian saya pula mula bermandi di sungai dan membuat terjunan di sungai itu. Terjunan pertama saya ke sungai ketika itu baik-baik saja.
“Tetapi ketika kali kedua hendak terjun tu saya ada rasa satu hentakkan yang kuat pada dahi dan bila keluar berlaku pendarahan yang sangat laju di kepala.
“Kepala saya rasa sangat sakit dan ketika itu mula rasa pening seperti hampir pitam,” katanya kepada Gempak.
Raja Atiq berkongsi pengalaman buruknya menerusi panggilan telefon kepada Gempak ketika mengunjungi salah satu tempat rekreasi pada Ahad lalu.
Pun begitu, Raja Atiq bersyukur kerana rakan-rakannya yang bersamanya ketika itu segera membantunya membawa ke klinik.
“Rakan-rakan saya cuba menahan darah yang banyak itu dengan kain dan saya terpaksa mendongakkan kepala untuk mengelakkan pendarahan yang banyak.
“Mereka membawa ke klinik berdekatan dan saya dikenakan sebanyak lima jahitan pada luka tersebut kerana terlalu dalam,” ceritanya lagi.
Raja Atiq sempat berpesan agar kepada sesiapa yang mahu melakukan aktiviti rekreasi supaya lebih berhati-hati dan tidak pergi keseorangan sebaik-baiknya berteman.
“Pesan saya kepada semua supaya lebih berhati-hati dan amalkan membaca doa supaya urusan dipermudahkan.
“Selain itu, pesan saya bawalah rakan atau teman dan jangan keseorangan ketika melakukan aktiviti tidak kira lah hendak melakukan aktiviti berbasikal sekali pun.
“Jika ada berlaku apa-apa kepada anda, sekurang-kurang rakan yang ada boleh membantu dan memaklumkan kepada ahli keluarga anda,” pesannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live