Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penduduk Darwin Ketagih Laksa, Anjur Festival Laksa Antarabangsa Setiap Tahun!

Umirah Halim
22/05/2024 03:25 MYT
Penduduk Kota Darwin dilaporkan ketagih makan laksa apabila telah menjadikan hidangan tersebut sebagai juadah untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Laksa makanan ruji

Memetik laporan BBC, ibu kota Wilayah Utara, Australia itu meningkatkan kecintaannya terhadap laksa ke tahap yang baharu apabila telah menjadikannya sebagai makanan ruji.

Bukan itu sahaja, Pesta Laksa Antarabangsa Darwin turut dianjurkan dimana akan mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.

Menurut penganjur Festival Laksa, Jo Smallacbe, hidangan laksa ini sentiasa menjadi kegemaran warga Darwin.

"Saya dibesarkan di Darwin dan laksa sentiasa menjadi perkara yang disukai orang," katanya kepada BBC.

Festival ini menggalakkan orang ramai memesan laksa di tempat yang berbeza dan kemudian mengundi hidangan laksa kegemaran mereka di apl festival.

Bagaimanapun tiada kepastian yang sahih bagaimana hidangan itu mula tular di bandar yang mempunyai penduduk seramai 139,902 orang itu setakat 2021.

Sumber: BBC

Berita Trending: #Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin…

Berita Trending: "Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura

#makan #Festival #Laksa #Suka #Ketagih #Darwin