Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod ketujuh iaitu Husin Kembali Bersama Zombi part 2 yang akan ditayangkan esok.

Pada episod yang pertama minggu lalu, penduduk Kampong Pisang ketakutan apabila zombi secara tiba-tiba muncul.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Datuk Awie yang sinomin dengan watak Husin di dalam filem-filem Kampong Pisang terdahulu.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Pak Jabit, Yasin, Cik Nab dan Cik Chun merupakan antara yang diganggu malah lebih parah, Pak Kassim turut bertukar menjadi zombi selepas minum air sungai.

Husin dan penduduk kampung berkerjasama cuba menyelesaikan masalah ini. Segala misteri dan punca akan terungkai.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).