Penerbit dan hos rancangan Alif Farhan tampil memohon maaf susulan insiden pertelingkahan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Jelas Alif, dia mengambil tanggungjawab atas insiden yang berlaku dan menegaskan kejadian itu berpunca dari salah faham.

"Ini statement saya atas video yang telah viral. Saya Alif Farhan selaku Penerbit dan Host, bertanggungjawab dan ingin meminta maaf secara terbuka kepada kedua- dua pihak, DS @aliffsyukriterlajaklaris serta @yanasamsudin @fadzilzahari atas insiden yang tak diingini berlaku.

"Ia berpunca dari sedikit salah paham semasa penggambaran Program Raya sebelum ini," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Justeru, Alif enggan memanjangkan lagi isu yang sedang berlaku dan mengelakkan daripada terus mengulas lanjut.

"Kepada rakan wartawan, saya terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini. Ini untuk elakkan daripada mengeruhkan lagi keadaan.

"Hal ini masih lagi dalam perbincangan dan doakan supaya kedua pihak dapat dapat kedamaian," tambahnya.

A post shared by A L I F F A R H A N JR ™ (@aliffarhan_jr)


Terdahulu, tular sepotong video memaparkan aksi Aliff Syukri yang kelihatan sedang mengamuk difahamkan berpunca daripada insiden Yana Samsudin terpecahkan pasu mewah ketika penggambaran di kediamannya dua minggu lalu.