Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penerbit & Pengarah Filem Mentega Terbang Mengaku Tak Bersalah Lukakan Perasaan Agama Orang Lain

Gempak
18/01/2024 03:50 MYT
Penerbit dan pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, atas satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain.

Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.


Mengikut pertuduhan, dua lelaki yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip filem itu, didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain, lapor Sinar Harian.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Semarak Api 2, pada jam 12.34 tengah hari, 26 Februari 2023.

Mengikut pertuduhan, dua lelaki yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip filem itu, didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Semarak Api 2, di sini, pada jam 12.34 tengah hari, 26 Februari 2023.

Mereka yang hadir dengan memakai kot berwarna hitam, didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bulan lalu Mohd Khairianwar dan Meng Kheng memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan kerajaan mengharamkan filem berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem itu pada 1 September tahun lalu, yang mana kedua-dua lelaki terbabit mendakwa ia satu tindakan tidak rasional yang melanggar kebebasan bersuara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ditayangkan menerusi platform penstriman, filem berdurasi 104 minit itu mengisahkan 'konflik keagamaan' dihadapi seorang remaja beragama Islam bernama Aisyah, yang mempelajari agama lain terutama dalam mencari jawapan kepada persoalan hidup selepas mati.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem itu secara jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.
#Viral #Pengarah #Mahkamah #Penerbit #Agama #Mentega Terbang
;