Pelakon dan produser, Upasana Singh mengambil pendekatan undang-undang terhadap Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang telah melanggar perjanjian kontrak untuk sebuah filem Punjabi sebelum ini.
Singh memaklumkan kepada media antarabangsa surat saman telah dihantar kepada Sandhu mendakwa pihaknya telah kerugian sejumlah wang disebabkan tindakan ratu cantik itu.
"Kontrak saya bersama Sandhu sebelum dia bergelar Miss Universe. Saya memberikannya peluang memandangkan dia bergelut sebagai pendatang baharu.
"Dia juga pernah tinggal bersama-sama kami di Mumbai. Saya yang groomed dia, mengajarnya berlakon. Dia seolah-olah anak saya dan dia juga memanggil saya godmother.
"Tapi dia telah memutuskan hubungan dengan kami selepas mendapat pengiktirafan antarabangsa," katanya kepada Hindustan Times.
Sandhu membintangi filem Punjabi berjudul Bai Ji Kuttange bersama anak Singh, Nanak yang dijadualkan tayangan pada Mei tahun ini.
Namun tarikh itu telah dianjak kepada 19 Ogos bagi memberikan ruang kepada Sandhu menyelesaikan komitmen bersama Miss Universe.
Mengikut kontrak, Sandhu sepatutnya terlibat dengan promosi filem terbabit selama 25 hari memandangkan dia teraju utama.
"Tapi dia telah 'memisahkan' diri daripada filem ini dan industri filem Punjabi selepas dia memenangi ratu cantik itu.
"Saya malah memberinya pilihan untuk terlibat selama lima hari jika 25 hari itu terlalu lama untuknya.
"Dia malangnya tidak pernah memuatnaik sebarang posting mengenai filem itu di media sosial, tapi boleh saja berkongsi hantaran jenama dan acara lain," tambah Singh.
Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dilihat tepat apabila Sandhu tidak membalas sebarang email, panggilan dan mesejnya.
"Dia tak respon langsung, saya dah penat mengejarnya. Sekarang biarlah mahkamah yang hantar saman," kata Singh yang telah 30 tahun berkecimpung dalam industri seni.
Media antarabangsa turut cuba menghubungi Sandhu untuk mendapatkan maklum balas namun gagal.
Sumber: Hindustan Times
Amri Hassan
Mon Aug 08 2022


Macam Dalam Filem… Tuan Rumah Terkejut Ada Mayat Wanita Disimen Dalam Bilik Mandi
Seramnya

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.