Pengacara HLive, Alif Farhan Selamat Bernikah

Amri Hassan
Julai 1, 2018 07:02 MYT
Dengan sekali lafaz, pengacara rancangan CCTV dan HLive, Alif Farhan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Norul Fadzilah Basri kelmarin.
Pasangan itu telah dinikahkan pada pukul 9.30 pagi di Johor Bahru, Johor.
Manakala, majlis resepsi Alif dan Fadzilah telah berlangsung meriah pada sebelah malam.
"Sesungguhnya tiada yang lebih indah dari senyuman dan kasih sayang yang awak curahkan pada saya.
"Cinta saya pada awak is getting deeper each day.
"Saya berjanji yang saya akan jaga awak dan sentiasa di sisi awak tak kira hujan atau panas," berikut antara ucapan Alif buat isterinya menerusi video lamaran yang dimuat naik di laman Instagramnya beberapa hari lalu.
Kami kongsikan momen menarik sempena majlis pernikahan dan resepsi Alif dan Fadzilah.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @megabridalcreations, @aliffarhan_jr
#Kahwin #Nikah #Kahwin #Alif Farhan #HLive