Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias menafikan bahawa dirinya mencari kepuasan kecantikan dan ketenangan diri dengan melakukan pembedahan pada wajah selama ini.
Sebaliknya, menurut Safiey, tindakannya 'mengubah' bentuk wajahnya itu sebenarnya dibuat hanyalah atas faktor minat dan hobi semata-mata.
"Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stres, down dan tak ada kena mengena dengan ketenangan ke apa ke. Nak cantik? Ratu buat bukan untuk kecantikan dan bukan kecantikan kepuasan yang ratu cari.
"Memang hobi ratu suka berbelanja, suka cantikkan diri, suka bedah, suka beli barang lepastu tak pakai, ratu preloved," jelasnya yang membahasakan dirinya 'Ratu' menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Safiey berkata demikian sebagai menjawab persoalan netizen yang bertanyakan perihal sama ada dirinya memperoleh ketenangan diri atau tidak dengan melakukan segala bentuk pembedahan fizikalnya selama ini.
Jelasnya lagi, segala tindakan yang dibuat itu adalah atas kemahuan sendiri tanpa melibatkan mana-mana individu di sekelilingnya.
"Ratu buat untuk diri sendiri bukan sebab shuben (laki) suruh ke, sebab orang ke atau sebab sesiapa sahajalah, tak ada kaitan.
"Ratu buat untuk diri Ratu dan Ratu gembira sebab itu yang Ratu suka buat.
"Kalian tak boleh samakan minat Ratu dengan minat kalian. Ada orang minat motor, minat kumpul tupperware, minat memancing. Jadi, setiap orang hobi berbeza-beza," jelasnya.
Sebelum ini, Safiey sering mencuri perhatian netizen dengan perkongsiannya mengenai pembedahahan estetik yang dilakukannya.
BACA: Padah Buar Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!
BACA: Raut Wajah Ditegur Pelik, Safiey Illias Bakal Kecilkan Pipi
Foto kredit: Instagram @safieyillias94
ZULHILMI JALIL
Tue Jan 19 2021
Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!
Umisya Mazlan dan Marissa Dania tak berkawan tak bermusuh.
Saixse Berjaga-Jaga Terima Hadiah Makanan Daripada Peminat, Akui Masih Terima Mesej Pelik - "Kalau Rasa Ada Tak Kena..."
Saixse tetap jalani kehidupan seperti biasa.
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.