HIBURAN
Pengalaman Pertama Jadi Isteri, Pevita Pearce Berpuasa Di Malaysia, Bali
Aktres cantik Pevita Pearce berkongsi kisah pertamq kali berpuasa sebagai seorang isteri yang disifatkannya sebagai seimbang.
BERITA TRENDING: 3 Bulan Nikah, Pevita Pearce, Suami Anak Pengerusi Habib Jewels Raikan Resepsi
Memanjat kesyukuran di atas pengalaman baharu yang dilaluinya, Pevita yang berkahwin dengan Mirzan Meer pada Oktober tahun lalu berkata pengalaman berpuasa sebagai suami isteri terasa lebih menarik kerana tidak lagi melakukan ibadat tersebut sendirian.“Sebenarnya rutin Ramadan kami ringkas sahaja. Suami boleh hanya bersahur dengan meminum protein, ringkas.
“Bila sudah berkahwin, suami menjadi teman yang memberi semangat untuk saling berpuasa,” kata Pevita seperti dilaporkan Detik.com.
Bintang filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu juga memberitahu mereka membahagikan masa menyambut Ramadan di tiga lokasi berbeza.
BERITA TRENDING: Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia
Hal ini lantaran suami yang juga merupakan anak pemilik Habib Group merupakan rakyat Malaysia.Namun kata Pevita, dia tetap bersyukur meski tidak menetap di satu tempat, kehidupannya kini lebih seimbang berbanding solo kerana lebih memberi tumpuan terhadap kerja.“Kadang kami berpuasa di Malaysia. Ada masa di Jakarta dan terkadang di Bali,” katanya.
“Saya bersyukur kerana punya support sistem yang tidak pernah memberi limitasi untuk saya berkarya.
“Sekarang keutamaan saya adalah suami. Dan jika saya gembira untuk berkerja, saya akan berkarya. Sekarang kehidupan saya boleh dikatakan punya work life balance yang baik berbanding sebelum ini saya hanya mementingkan kerja,” tambah Pevita lagi.
Must-Watch Video