Pelakon, Adam Corrie meminta para suami berfikir panjang sebelum membuat keputusan berkahwin lagi atas alasan untuk mendapatkan zuriat.

Menurut Adam, pasangan seharusnya berusaha bersungguh sungguh dan berikhtiar sehabis baik untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan dunia perubatan kini sudah terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan.

“Nak kahwin lagi sebab tak ada anak? Dah usaha pergi jumpa doktor cek suami isteri? Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri.

“Kalau suami ada masalah pun boleh berubat. Kalau isteri pun ada masalah, pun boleh berubat. Ini pengalaman saya.

“Usaha dulu… Positif, bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ye. Usaha dahulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh.

“Bukan esok lusa boleh dapat anak, makan masa, ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih. Macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.

“Jika dah usaha semuanyaa dan gagal, cuba lagi, gagal juga… Berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi... Minta pertunjuk. Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia, berikanlah pertunjuk.

“Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain... Adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?

“Jika nak juga kahwin, itu pilihan hidup masing-masing. ok. Jika itu pilihan terbaik untuk diri kita. Ada je isteri yang pergi cari calon isteri untuk suami apabila dah masing-masing sudah berbincang hal ini.

“Tepuk dada tanya iman. Kita nak bahagia sekeluarga… Qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Nasihat untuk diri sendiri,” coretnya menerusi hantaran di media sosial.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Dalam pada itu, Adam juga turut berkongsi pengalamannya sendiri dalam usaha memiliki zuriat sepanjang usia perkahwinan mereka.

“Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10tahun. Sekarang dah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40 tahun.

"Sekarang Fateh dah 5 tahun. Alhamdullilah. Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing. Posting saya tentang zuriat.

“Bukan halang orang lain orang berpoligami dan perli-perli orang. Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja,” maklumnya.

Terdahulu, Adam Corrie tah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.

Adam kemudiannya berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008 dan akhirnya dikurniakan cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018 selepas 10 tahun berumah tangga.