VIRAL
Pengantin Lelaki Ditampar, Kalung Upacara Perkahwinan Pada Rakan Baik Bakal Isteri
Sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Uttar Pradesh, India bertukar kecoh sebelum dibatalkan selepas pengantin lelaki memberi kalung upacara yang menjadi lambang penyatuan dua hati dalam agama Hindu kepada rakan baik mempelai perempuan.
Lebih parah, Ravindra Kumar, 26, telah tersalah memakai kalung upacara kepada dua tetamu termasuk rakan lelaki dan seorang warga emas yang menghadiri majlis mereka.
Tindakan tersebut dilakukan kerana Kumar berada di bawah pengaruh alkohol selepas mengambil minuman keras bersama rakannya sehingga membuat dia terlambat menghadiri majlis perkahwinan sendiri.
Kesilapan yang dibuat Kumar membuat bakal isterinya, Radha Devi, 21, berang. Devi telah menampar Kumar dan membatalkan perkahwinan mereka.
Majlis menjadi bertambah huru hara selepas kedua-dua anggota keluarga pengantin turut bergaduh termasuk membaling kerusi kepada satu sama lain, lapor The Independent.
Keluarga pengantin perempuan kemudian membuat laporan polis termasuk meminta pihak lelaki memulangkan wang hantaran bernilai RM18, 600. Mereka juga mendakwa Kumar menipu mengenai pekerjaannya sebagai seorang peladang sedang dirinya hanya seorang pemandu lori.
Pihak polis juga mengesahkan Kumar dibawah pengaruh alkohol selepas menjalani pemeriksaan.
Must-Watch Video