Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

Asyikin Mayudin
02/10/2024 05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.

Batal saat akhir

Menerusi perkongsian di TikTok Demflacco atau dikenali sebagai Adam, difahamkan pengantin perempuan mengambil keputusan untuk membatalkan majlis tersebut pada saat-saat akhir.

“Dengan berat hati, saya dah keluarga ingin memberitahu di atas sebab-sebab tertentu, pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan ini pada saat akhir.

“Dimana persiapan dari sebelah pihak kami sudah siap sepenuhnya. Disebabkan berlakunya pembatalan di saat akhir, saya tak dapat maklumkan pembatalan tersebut kepada setiap jemputan.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

ARTIKEL BERKAITAN: 40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

“Kerana ketika itu saya tidak mempunyai kekuatan dan juga saya juga tidak mampu untuk menjawab setiap soalan yang akan ditanya oleh jemputan-jemputan,” katanya wanita yang dipercayai ibu kepada pengantin lelaki dalam keadaan sebak.

Hati hancur

Pada perkongsian lain, pengantin lelaki iaitu Adam mengakui biarpun hatinya hancur apabila hari yang sepatutnya indah dan bahagia buat dirinya bertukar menjadi gelap.

“Aku kena kuat untuk mereka walau pada hari kejadian hati aku tidak mempunyai rupa. Setebal tebalnya muka kami pada hari itu. Pelamin yang indah namun tidak lengkap, perhiasan yang cerah namun jiwaku gelap.

“Bila toleh, hanya bayangan dia sahaja yang diri ini lihat,” kongsinya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dan sedih dengan apa yang terjadi kepada keluarga tersebut.

Malah, ada juga netizen berpendapat pihak keluarga boleh meminta ganti rugi daripada keluarga pengantin perempuan memandangkan segala persiapan sudah siap sepenuhnya.

undefined
#Kahwin #Majlis PErkahwinan #Keluarga #Batal majlis kahwin #Keluarga lelaki #Pengantin lelaki #Pengantin perempuan
;