Pengarah Animasi Tom & Jerry Meninggal Dunia

Asraf Aided
April 21, 2020 11:19 MYT
Pengarah animasi terkenal Tom & Jerry, Gene Deitch dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun.
Memetik laporan Daily Mail UK, Gene menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Prague pada malam Khamis lalu.
Walaubagaimanapun, punca kematian mendiang masih belum dikenalpasti.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Eugene Merill Deitch ini telah mengarah 13 episod Tom & Jerry serta beberapa siri Popeye.
Gene juga pernah memenangi Anugerah Oscar dalam kategori Filem Animasi Pendek Terbaik bagi filem Munro pada tahun 1960.
Mendiang meninggalkan isteri Zdenka Deitchova dan tiga orang anak yang juga bekerja dalam bidang animasi.
Sumber : Daily Mail UK
#Meninggal Dunia #Pengarah #Tom & Jerry