Pengarah ‘Avengers: Endgame’, Anthony Russo mengesahkan yang watak Loki masih hidup di suatu alam yang lain.

Selepas kematian tragik Loki di dalam ‘Avengers: Infinity War’, pastinya ramai bertanya-tanya sama ada adik Thor ini akan kembali dalam ‘Avengers:Endgame’.

Dalam satu adegan dalam filem pertama ‘Avengers’, Loki berjaya memegang Tesseract semasa tergelincir dan mengambil kesempatan untuk menghilangkannya.

Jika anda sudah menonton trailer ‘Spider-Man: Far from Home’, ada beberapa petunjuk dunia lain atau multiverse yang direka selepas Thanos memetik jarinya.

“Ketika Loki teleport bersama Time Stone, dia membuat garis masanya sendiri. Ia sangat rumit dan mustahil untuk Captain America memperbetulkan garis masa kecuali dia menemui Loki.

"Setibanya Loki mengambil Space Stone, dia mencipta beberapa cabang realiti," kata Joe Russo, seperti dilaporkan oleh Business Insider.

Bunyinya seperti seseorang sedang merentasi mesin masa untuk hidup di dunia yang lain, nantikan Tom Hiddleston sebagai Loki dalam satu siri eksklusif di saluran Disney+ tidak lama lagi.

Apa-apa sahaja demi God of Mischief, asalkan sahaja dia masih hidup.