Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pengarah Eksekutif, CEO Aman Palestin Mengaku Tidak Bersalah 52 Pertuduhan Pecah Amanah

Awani
15/02/2024 05:30 MYT
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 November tahun lalu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Berita Trending: Jadi Duta Anti Keganasan, Bintang Legenda Pukul Penyanyi Iringan Gara-Gara ‘Air Suci’


Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Anita Harun menetapkan kadar ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Mahkamah menetapkan 14 Mac sebagai sebutan semula kes tersebut.

#Duta #Palestin #Pecah Amanah #Aman #Pertuduhan
;