Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pengarah Filem Kelahiran Malaysia Bertunang Dengan Aktres Filem The Nun

Amri Hassan
24/06/2019 08:55 MYT
Pengarah filem kelahiran Malaysia, James Wan mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon filem The Nun, Ingrid Bisu.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagramnya, James, 42, yang kini menetap di Australia dengan memuat naik foto bersama Ingrid.

"Telah bertunang dengan si cantik ini!" tulis James.

Engaged to this beautiful, amazing woman!

A post shared by James Wan (@creepypuppet) on


Beberapa hari lalu, Ingrid telah mengumumkan khabar gembira itu selepas lima bulan merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

It’s official, I can finally announce that we’re engaged!! (and have been for about 5 months but kept it under wraps?) @creepypuppet

A post shared by Ingrid Bisu (@ingridbisu) on


James pernah mengarahkan filem popular seperti Saw (2004), Insidious (2010), The Conjuring, Insidious: Chapter 2 (2013), The Conjuring 2 (2016) dan Aquaman (2018).

Malah, James pernah menjadi penerbit filem seram The Nun tahun lalu.

Ingrid, 32, pula mencuri tumpuan menerusi naskhah seram The Nun dan pernah beberapa kali tercalon dalam Golden Globe Awards, Academy Awards dan Festival Filem Cannes.
#James Wan #Ingrid Bisu #The Nun