Seorang pengarah filem dikompaun RM10,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan penggambaran di Jeti Penambang 2, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan pada pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, tindakan kompaun terhadap pengarah filem Tamil itu dikeluarkan selepas polis menerima maklumat terdapat aktiviti penggambaran filem pada jam 11.30 pagi.
"Pasukan 'Task Force' SOP PKP dari Balai Polis Bukit Pelandok telah mengeluarkan kompaun terhadap pengarah berusia 59 tahun itu kerana melakukan aktiviti penggambaran filem di tempat bebas dan melanggar garis panduan SOP Majlis Keselamatan Negara(MKN) yang berkuatkuasa mulai 12 Mei lalu.
"Kompaun RM10,000 telah dikeluarkan setelah pihak polis menerima maklumat berkaitan penggambaran filem di kawasan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, memandang serius sebarang pelanggaran SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh MKN.
Beliau berkata, individu yang dikompaun seharusnya lebih peka dengan SOP yang telah ditetapkan MKN dan penggambaran hanya dibenarkan dibuat di dalam studio sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
"Pasukan Task Force SOP PKP juga akan terus memantau ziarah Aidilfitri dan memastikan SOP MKN dipatuhi sepanjang Aidilfitri ini," katanya.
Fiza Kamarudin
Mon May 17 2021

.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar

Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl