Berita

Pengarah Filem Tombiruo: Penunggu Rimba Bangkit Perjuang Isu Cetak Rompak

gempak
Elrafaei Sapi
04/05/2018
13:00 MYT
Sponsor Banner
Pengarah Filem Tombiruo: Penunggu Rimba Bangkit Perjuang Isu Cetak Rompak
Pengarah filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Nasir Jani terus berjuang membanteras isu cetak rompak yang masih belum selesai sehingga kini.
Tegasnya, dua filemnya, Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta '87 antara karya arahannya paling terkesan akibat kegiatan cetak rompak suatu ketika dulu.
"Pada masa itu saya sendiri pergi buat serbuan ke Pertama Kompleks dengan Kompleks Campbell untuk banteras cetak rompak. Bila mereka (peniaga cetak rompak) tanya saya mana surat waran, saya tunjuk kad pengenalan dan beritahu ini karya saya," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, isu cetak rompak sebenarnya tidak pernah selesai sejak dulu meskipun kempen mahupun usaha membanterasnya dijalankan pelbagai pihak.
"Kalau pengarah filem lain kata tak apa soal cetak rompak itu pendirian mereka tapi saya tidak. Ditambah dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini, anak-anak muda tidak sedar mereka juga jadi 'lanun' cetak rompak," katanya.
Sebagai usaha berterusan, Nasir berkongsi pandangan dan pengalamannya terhadap isu cetak rompak menerusi buku terbarunya berjudul Cetak Rompak Kepala Bapak.
"Sebelum sampai ke peringkat zaman sekarang, orang ramai perlu tahu sejarah cetak rompak. Berapa banyak jumlah kerugian yang tidak dapat dikesan yang dianggarkan boleh mencecah bilion ringgit sehingga kini," katanya.
Nasir memberi saranan agar semua artis tidak kira bertaraf senior, popular dan baru wajib membaca buku ini sebagai pemahaman lebih mendalam mengenai isu cetak rompak.
Menariknya, dalam buku ini dia turut menceritakan usaha yang pernah dijalankannya bersama rakan artis lain untuk membanteras permasalahan besar ini tetapi menemui kegagalan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024