Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

Gempak
18/09/2024 06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."

Demikian komen ringkas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada BH ketika ditanya mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

"Seperti biasa, saya tak boleh bercakap banyak (mengenai kes ini) dan saya pun tak akan komen banyak (sebab kes dalam siasatan).

"Apa yang saya boleh cakap hanyalah... kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan). Itu saja, terima kasih," katanya tanpa mengulas lebih lanjut .

BERITA TRENDING: Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah, Mohon Ikat Jamin Ringan Kerana Baru Timang Anak Ke-10

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media khas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkaitan perkembangan siasatan Op Global di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, lapor BERNAMA.

Sebelum ini, Razarudin mendedahkan 13 daripada keseluruhan kanak-kanak yang menjadi penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global pada 11 September lalu disyaki diliwat.

Beliau berdasarkan, ia berdasarkan saringan perubatan dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni 20 rumah perlindungan dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Terdahulu, Pada sidang media semalam, Razarudin memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun bank membabitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dianggarkan bernilai lebih RM581,000.

Setakat ini, katanya sejumlah 96 akaun membabitkan GISBH berjumlah RM581,552.31 dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

"Sebanyak empat akaun ditutup dan lapan kenderaan telah dikeluarkan perintah pembekuan (sita)," katanya.

Selain itu, Razarudin memaklumkan 392 kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan menerusi Op Global pada 11 September lalu selesai menjalani proses saringan kesihatan.

Hasil pemeriksaan dijalankan, katanya terdapat elemen jenayah seperti penderaan fizikal dan emosi, pengantunan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pengabaian serta kekurangan zat makanan.

Polis melalui Op Global dijalankan 11 September lalu, menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun dari 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menahan 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal berkenaan sebelum 159 daripadanya direman antara empat hingga tujuh hari.

BERITA TRENDING: Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

BERITA TRENDING: Pelanggan Mula Menjauhi Premis Perniagaan GISBH

BERITA TRENDING: Eksploitasi Kanak-Kanak, Agama: Modus Operandi GISB, Kanak-Kanak Dididik Cara Meliwat, Diliwat - KPN

#Polis #Bukit Aman #Jijik #GISBH #Shuhaily