Hiburan
Pengarah Karan Johar, Gelar Kajol Pengkhianat
Pengarah Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar meluahkan rasa kecewa beliau terhadap pelakon Kajol sehingga menggelarkannya sebagai penghianat.
Bollywoodlife melaporkan, Kajol dikatakan lebih membela suaminya Ajay Devgan hanya disebabkan pertembungan jadual tayangan filem Karan berjudul Ae Dil Hai Mushkil dengan filem bikinan Ajay berjudul Shivaay yang bakal ditayangkan pada 28 Oktober ini.
Kajol dilihat lebih bersikap memihak pada Ajay dan turut memanaskan suasana melalui beberapa kenyataan yang mencabar emosi Karan dengan mendakwa Karan membayar seorang pengkritik filem untuk memburuk-burukkan filem suaminya itu.
Meskipun memang wajar seorang isteri membela suami, namun Karan kecewa kerana Kajol tidak dapat menjadi 'jambatan hubungan' antara dirinya dengan Ajay.
Sementara itu, menerusi sebuah kenyataan Ajay mengakui tidak mempunyai masalah dengan Karan namun berang apabila ada pihak memburukkan filem terbaharunya itu.
"Permasalahan yang timbul berpunca daripada si pengkritik filem berkenaan yang memburuk-burukkan filem yang sudah dihasilkannya gara-gara dia tidak mahu membayar pengkritik tersebut untuk membuat ulasan.
"Disebabkan konflik tersebut, Kajol dikatakan tidak dapat memafkan perbuatan Karan meskipun mereka mempunyai hubungan yang baik sebelum ini," kata sumber.
Olahan: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Bollywoodlife