Laman Utama

Pengarah Meluat, Leonardo DiCaprio Hampir Terlepas Watak Jack Dalam Titanic

Maliah Surip
24/11/2022
11:40 MYT
Sutradara tersohor, James Cameron berbagi kisah tentang filem fenomena yang dihasilkan pada 1997, Titanic.
Dalam temubual yang dibuat bersama GQ, pemenang Oscar itu antaranya mendedahkan bagaimana pemain utama filem epik ini, Leonardo DiCaprio hampir tidak dipilih sebagai Jack.
Hal itu lantaran sikap diva yang ditonjolkan DiCaprio sewaktu hadir ke sesi ujibakat. Cameron mengaku berasa meluat dengan sikap ‘kurang sopan’ yang dibawa DiCaprio di hadapan tim sewaktu diminta untuk membawa beberapa baris dialog.
DiCaprio malah dikatakan telah menolak untuk membaca beberapa baris dialog Jack yang perlu dilontarkan.
“Anda perlu membaca dialog atau tidak akan mendapat peranan di filem ini,” kenang Cameron seperti dilapor Vanity Fair.
Cameron kemudian mengenang bagaimana seluruh isi pejabatnya begitu teruja untuk bertemu DiCaprio.
“Pertemuan itu sangat lucu. Saya duduk dalam bilik mesyuarat menanti aktor itu datang.
“Dan apabila saya lihat sekeliling, staf wanita dalam pejabat sangat teruja. Mereka mahu bertemu DiCaprio. Ini sangat bersejarah,” katanya.
Lantas sewaktu aktor tersebut datang, semua terpukau dengan karismanya sebelum dia hampir kehilangan watak Jack sewaktu sesi ujibakat berlangsung.
“Dia datang semula beberapa hari kemudian dan tidak tahu akan diuji bakat. Dia ingat dia akan bertemu dengan Kate Winslet yang sudahpun mendapatkan watak Rose.
“Jadi sewaktu saya minta dia membaca beberapa baris dialog, dia bertanya ‘maksud anda saya kena membaca?’, dan saya jawab ya sebelum DiCaprio memberitahu ‘Oh, saya tidak akan membacanya.’
“Saya terus bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepadanya,” cerita Cameron.
Pengarah tersebut mengaku pada waktu itu beliau sudah bersedia untuk tidak menggunakan DiCaprio sebagai Jack, sebelum aktor itu datang kembali kepadanya.
“Saya ingat dia kata ‘kalau saya tidak membaca dialog ini, saya tidak dapat pekerjaan ini? Hanya seperti itu?
“Dan saya katakan Titanic adalah sebuah filem mega yang telah saya kerjakan selama dua tahun. Saya tidak akan membuat keputusan yang salah hanya memilih pelakon.
“Maka DiCaprio pun bertukar menjadi Jack, dan memang dialah orangnya,” ujar Cameron.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Leonardo DiCaprio Didakwa Tidak Pandai Bercium, Punya Selera S*ks Pelik

gempak
03/03/2024
05:58 MYT
Kisah kehidupan aktor tersohor, Leonardo DiCaprio sentiasa menjadi buruan sama ada ia adalah berita sahih atau sebaliknya.
Laman Utama

YouTuber Terkaya Dunia, Mr Beast Dakwa Diajak Naik Kapal Selam Titan: “Tak Boleh Bayangkan…”

gempak
26/06/2023
06:40 MYT
Mr Beast punya kekayaan lebih US$500 juta.
Laman Utama

Pengarah James Cameron Kata Ada Persamaan Tragedi Titanic & Titan

gempak
23/06/2023
09:45 MYT
Takziah semua mangsa.
Laman Utama

Macam Dalam Movie, Isteri CEO OceanGate Yang Maut Dalam Ekspedisi Cicit Mangsa Titanic

gempak
23/06/2023
04:25 MYT
Semakin misteri.
Laman Utama

Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Titanic, 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia

gempak
23/06/2023
01:49 MYT
Takziah buat keluarga mangsa.