Pengarah Mentega Terbang Diugut, Fahmi Fadzil Komen - “Jangan Ambil Tindakan Sendiri, Luar Batasan”
Awani
17/03/2023 09:48 MYT
17/03/2023 09:48 MYT
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Dalam ciapan di Twitter, beliau berkata rakyat negara ini harus mengikut undang-undang sedia ada dan tidak melakukan tindakan luar batas.
"Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang. Patuhi undang-undang, jangan mengambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa,
"Follow the law, don’t take matters into your own hands," katanya menerusi ciapan tersebut pada Khamis.
Kenyataan itu dibuat berhubung gambar-gambar kenderaan yang didakwa milik pengarah dan pelakon-pelakon filem Mentega Terbang dirosakkan selain nota ugutan daripada individu tidak dikenali yang tular di platform media sosial itu.
Terdahulu, tular empat gambar di Twitter yang menunjukkan kereta jenis Toyota dan Proton disimbah cat dan asid, selain turut dipaparkan nota berbaur ugutan mengancam nyawa mangsa sekeluarga pada cermin kereta terbabit.
Sementara itu, media melaporkan polis telah membuka kertas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan daripada mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu berlaku di dua kawasan iaitu Kajang dan Ampang Jaya membabitkan kes simbah cat kereta dan meninggalkan nota ugutan.
Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan dengan fahaman serta kepercayaan agama.
Sumber: Astro Awani