Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Pengarah Terkejut, Filem Tanpa Bajet Menang Anugerah

Syafiqah Jalal 19/08/2020 | 10:35 MYT

Pengarah dan penerbit filem Geran, Mohd Shahreel Abu Bakar terkejut filem arahan pertamanya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19.

Menurut Shahreel, dia tidak menyangka filem tanpa bajet itu berjaya rangkul anugerah.

"Saya dan pasukan produksi terkejut sebab filem ini tanpa bajet."

"Pada mulanya saya terkejut sebab tidak pernah menjangka potensi filem ini boleh pergi sejauh itu.

"Tambahan pula Geran bukan sebuah filem yang ada bajet, sebaliknya kekuatan filem ini merujuk kepada jati diri rakyat Malaysia selain mempunyai identiti tersendiri," katanya kepada Astro AWANI

Filem aksi persilatan, Geran terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.

Kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Mohd Shahreel atau lebih dikenali sebagai Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Shahreel berkata, kejayaan itu akan menjadi perangsang buat industri perfileman negara untuk menghasilkan bahan yang bermutu dan berkualiti tinggi.
"Tidak dinafikan kejayaan ini akan menjadi batu lonjatan untuk menghasilkan lebih banyak filem-filem yang bermutu dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.
"Filem ini berkisarkan semangat jati diri rakyat Malaysia yang difokuskan elemen seni silat mempertahankan diri antara budaya dan warisan negara yang perlu dijaga buat selama-lamanya," katanya.

Sumber: Astro Awani

#Filem #Anugerah #Filem #Anugerah #Arahan
;