,
Laman Utama

Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse Ditahan Polis

Azwa Rahman
14/07/2022
21:22 MYT
Polis menahan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama dalam satu persembahan komedi yang tular baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberikan keterangannya.
“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan mengenai penularan dua klip video di sebuah kelab komedi, yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” jelas Noorsiah.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada 15 julai 2022 (Jumaat) bagi melengkapkan proses siasatan.
Kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.
Siasatan masih dijalankan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur.
Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu manakala teman lelakinya turut ditahan pada 10 Julai lepas.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Crackhouse Comedy Club Tutup Selama-Lamanya, Pemilik Disenarai Hitam Seumur Hidup

gempak
17/08/2022
06:17 MYT
Pemilik kelab Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di ibu negara susulan kontroversi persembahan komediri yang didakwa menghina agama Islam.
Laman Utama

Berdepan Hukuman Penjara, Amy ‘Penanggal Baju’ Mengaku Tidak Bersalah

gempak
13/07/2022
04:01 MYT
Biar Mahkamah yang tentukan
Laman Utama

"Langkah Menyita Tanpa Notis Bertulis Adalah Prejudis & Tak Adil" - Crackhouse Comedy Club Dakwa Disabotaj, Mohon Tarik Balik Penggantungan Lesen Operasi

gempak
12/07/2022
07:55 MYT
Crackhouse Comedy Club tampil dengan kenyataan media.
Laman Utama

"Aku Beragama Islam, Melaknat Orang Yang Menghina Islam" - Afdlin Shauki

gempak
11/07/2022
22:50 MYT
Datuk Afdlin Shauki menentang sekeras-kerasnya pihak yang cuba menghina agama Islam.
Laman Utama

Afdlin Shauki Bangkang Kelab Komedi Ditutup Sementara - "Itu Salah Individu, Bukan Tempat"

gempak
11/07/2022
05:50 MYT
Afdlin tak setuju Crackhouse ditutup sementara.
Unitar