Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pengasas Jenama Teh Dilmah Meninggal Dumia

Awani
21/07/2023 00:05 MYT
Pengasas jenama teh terkenal Dilmah, Merrill J Fernando dilaporkan meninggal dunia di usia 93 tahun pada Khamis.

Difahamkan Fernando, yang mengasaskan jenama Dilmah pada tahun 1985, meninggal dunia di ibu negara Sri Lanka, Colombo di samping anak-anak lelaki dan cucu-cucunya.

“Keistimewaan pengasas berwawasan jenama teh Dilmah ini terletak pada kepercayaan yang tiada tandingan, integriti dan kasih sayangnya terhadap teh dan keluarga," jelas satu kenyataan yang diberikan syarikatnya.

Tambah syarikat, Fernando mempunyai visi khas untuk menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.

Anak lelaki mendiang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah, Dilhan C Fernando berkata dalam satu temubual tahun lalu, mendiang bapanya merupakan pengilang asal teh tersebut.

"Beliau merupakan pengilang teh pertama yang berjaya mengatasi kolonialisme ekonomi yang masih dialami kerana teh kami dihantar hingga tahun 1980-an serta dihantar ke United Kingdom, United States dan sebagainya dalam kuantiti besar," katanya.

Dalam ucapannya, Dilmah menyatakan bahawa Fernando mendedikasikan hidupnya untuk teh, bekerja setiap hari sehingga berusia 91 tahun dan sentiasa peka sepanjang kerjayanya.

AWANI



#Meninggal Dunia #Jenama #Pengasas #Jenama Teh #Pengasas Teh #Teh Dilmah