Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid Meninggal Dunia…

Mya Amri
04/09/2023 06:28 MYT
Pengasas Soup Kitchen, Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Datuk Munirah Abdul Hamid, meninggal dunia pada usia 70 tahun, awal pagi tadi.

Berita duka itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook milik individu dikenali sebagai Mata Hati.

“Pengumuman dukacita, adalah dimaklumkan bahawa Hajjah Datuk Munirah Abdul Hamid, Presiden PERTIWI telah pulang ke Rahmatullah pada jam 4am pada tarikh 4 September 2023 bersamaan 18 Safar 1445, di rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur,” maklumnya.

Bagaimanapun, punca kematian Munirah masih belum diketahui.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Bangsar pada jam 10 pagi diikuti solat jenazah dan pengebumian di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Terdahulu, Munirah mendapat idea menubuhkan Soup Kitchen daripada seorang rakannya yang sakit tenat sekitar 2009.

Menerusi Pertiwi Soup Kitchen, Allahyarham menelusuri lorong-lorong kecil sekitar ibu kota bagi menghulurkan sesuap nasi kepada golongan gelandangan.

Arwah juga terkenal sebagai seorang insan yang kuat melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan banyak menyumbang kepada masyarakat terutama untuk kebaikan wanita dan kanak-kanak.

#Meninggal Dunia #Datuk Munirah Abdul Hamid #Pertiwi #Pertiwi Soup Kitchen #Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia