Laman Utama
Pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow Meninggal Dunia
Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Bank yang merupakan kumpulan bank ketiga terbesar di Malaysia, diasaskan oleh mendiang pada 1966.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tay Sock Noy dan empat cahaya mata.
Hong Piow memulakan karier perbankan sebagai seorang kerani bank di Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd. pada 1950 sebelum menjadi pengurus di Malayan Banking Berhad pada 1960.
Pada 1964, mendiang dinaikkan jawatan kepada Pengurus Besar pada usia 34 tahun.
Mendiang kemudian meninggalkan Malayan Banking untuk menubuhkan Public Bank pada 1966 dan menyaksikan pembangunannya menjadi institusi kewangan yang moden dengan rangkaian luas, kini dengan hampir 300 cawangan dalam negara dan 150 di luar negara.