Pengasas Tesla, Elon Musk dan pasangan, Grimes mencuri perhatian apabila menamakan anak lelaki mereka yang baru dilahirkan sebagai X Æ A-12.

Pengasas syarikat teknologi itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi Twitter, menyatakan bahawa ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

Apabila ditanya mengenai nama bayi tersebut, Musk menjawab: “X Æ A-12.”

Susulan itu, Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher yang merupakan seorang pemuzik memberi penjelasan menerusi Twitter mengenai makna di sebalik nama unik itu.

X bermaksud pembolehubah, Æ ejaan mewakili Ai (cinta/kebijaksanaan), A-12 pula ialah pangkal nama pesawat kegemaran mereka iaitu SR-17 dan A=Archangel (judul lagu kegemaran Grime).

Cara panggilan anak mereka itu ialah X Ash Archangel.