Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Pengeluaran Caruman KWSP i-Sinar Diumum Rabu Ini” – Menteri Kewangan

Fiza Kamarudin
28/11/2020 18:03 MYT
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kelayakan dan proses pengeluaran caruman daripada Akaun 1 di bawah program i-Sinar pada Rabu ini.

Tengku Zafrul menjelaskan, pengumuman mengenai program diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 itu akan menjawab segala kekeliruan yang timbul dalam kalangan orang ramai.

"Pihak KWSP akan membuat pengumuman mengenai perinciannya, bagaimana prosesnya dan sebagainya pada Rabu ini," katanya ketika menerusi program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang dihoskan pengacara Sherkawi Jirim, pada Sabtu.

Tambah beliau, secara umum, mereka yang hilang pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji layak membuat pengeluaran sehingga RM10,000 sekiranya baki simpanan dalam Akaun 1 kurang daripada RM90,000.

Sebelum ini dilaporkan, pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM90,000 di dalam Akaun 1 boleh mengeluarkan caruman sehingga 10 peratus dengan pengeluaran maksimum RM60,000.

Sumber: BERNAMA

#KWSP #Tengku Zafrul #Menteri Kewangan #i-Sinar
;