Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Pengendali Mesin Makanan Dan Minuman Malaysia, ATLAS Vending Diiktiraf Guinness World Record

Mya Amri 09/05/2025 | 06:59 MYT
Pengendali mesin makanan dan minuman terkemuka di Malaysia, ATLAS Vending telah mencapai kejayaan bersejarah dengan memperoleh Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk 'Mesin Layan Diri Kitar Semula Tertipis Dengan Sistem Pemadatan'.
Majlis penyampaian anugerah telah diadakan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, di mana seorang juri rasmi dari Guinness World Records hadir untuk mengesahkan pencapaian yang memecahkan rekod ini.
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang
melancarkan ATLAS ECOPOD bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika, Santharuban Thurai Sundaram dan VP Pemasaran di Etika iaitu Amy Gan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika, Santharuban Thurai Sundaram, pengiktirafan itu merupakan satu peristiwa penting bagi ATLAS Vending.

“Mencapai Rekod Dunia Guinness ini merupakan satu peristiwa penting bagi ATLAS Vending.

“ATLAS ECPOD mengubah kitar semula menjadi pengalaman yang menarik, mencerminkan kami
mengejar inovasi yang mampan tanpa henti.
“Rekod ini meningkatkan status kami pada skala global sambil mengukuhkan komitmen kami untuk memacu perubahan alam sekitar untuk semua rakyat Malaysia. Kami berterima kasih atas kehadiran YB Nik Nazmi dan Kementerian di sini hari ini,” ujarnya.
Untuk info, ATLAS ECOPOD ialah mesin layan diri berbalik yang direka untuk mengumpul botol PET dan tin aluminium, dibina berdasarkan prinsip kecekapan, ketepatan, dan teknologi mesra pengguna.
Profilnya yang ultra-nipis, berukuran 35cm, menjadikannya amat sesuai untuk persekitaran bandar moden dan kawasan awam yang sibuk, manakala sistem berkuasa AI membolehkannya menyusun, mengimbas, dan memberi ganjaran kepada pengguna dengan kredit boleh ditebus untuk aktiviti kitar semula.
#Etika #Guinness World Record #ATLAS Vending #Vending