“Penggiat Seni Kurangkan Konflik, Tak Payah Masuk Media Sosial Hentam Sana-Sini” – Annuar Musa
Fiza Kamarudin
02/12/2021 05:40 MYT
02/12/2021 05:40 MYT
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan penggiat seni agar tidak berkonflik sesama sendiri dan dipaparkan di media sosial.
Annuar berkata, penggiat seni perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.
Menurut beliau lagi, segala percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar dengan misi kerajaan yang mempromosi konsep Keluarga Malaysia.
Bagaimanapun kata beliau, persatuan artis sepatutnya kurangkan percakaran bukan bermakna tidak boleh ada sebarang perbezaan pendapat.
“Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Jika ada idea yang bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang.
“Tidak perlu masuk media sosial untuk menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.
“Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak kena kurangkan konflik. Buat apa cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.
“Jadi semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya sebagai bapa atau datuk mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita. Tak perlu timbulkan polemik yang tidak baik,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.
Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada petang Rabu.
Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim serta Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Dalam masa yang sama, Annuar juga turut menegur sikap segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival ini.
Katanya, mereka sepatutnya memberi sokongan memandangkan FFM adalah majlis yang diadakan untuk meraikan kru filem.
“Saya faham dalam situasi pandemik masa sekarang, mungkin ada yang terlepas pandang memandangkan mereka kembali bekerja setelah hampir dua tahun tidak bekerja kerana pandemik COVID-19.
“Bagaimanapun kalau dilihat segala publisiti yang dihebahkan di media, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.
“Wartawan dan televisyen memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tidak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” ujarnya.
FFM31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang mempertaruhkan 55 buah filem.
Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.