Filem Proksi arahan Mohd Shaufe A. Wahib telah menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First sejak 18 November lalu.

Filem ini menampilkan barisan pelakon handalan tanah air, salah seorangnya Allahyarham Ashraf Sinclair.

Malah, Proksi juga merupakan antara kemunculan terakhir Allahyarham sebelum pergi buat selamanya.

Kepada anda yang belum menonton Proksi, Ashraf memegang watak Aman yang merupakan seorang penggodam.

Aman mempunyai wawasan untuk negara dan dunia, di mana dunia boleh menjadi bebas dari hutang serta pegangan kuasa besar.

Watak tersebut juga memaparkan seorang yang aktif, dalam filem ini kebolehan Aman lebih cenderung kepada perisian (software), berbeza dengan rakannya Sam (watak dipegang Bront Palarae).

Filem ini memaparkan kejadian penyebaran berita palsu yang sememangnya berlaku di alam realiti.

Selain Ashraf dan Bront, Proksi turut dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha dan ramai lagi.

Nak tahu lebih lanjut tentang penceritaan filem ini? Jangan lupa saksikannya!

Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Dapatkan berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi