Masih ingatkah pada kisah peniaga makanan yang meniaga hidangan kurang bersih, basi dan tidak menepati standard jualan sekitar bulan puasa lalu?

Nampaknya, kejadian yang sama berulang kembali. Menerusi perkongsian sebuah akaun di laman Twitter, seorang netizen mendakwa sup perut yang dibeli dengan harga RM20 tidak dicuci bersih.

“Beli sup perut RM20. Kononnya kedai tu ramai orang kata sedap. Jadi kita pun terliur try lah beli bungkus nak makan kat rumah.

“Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut bulat penuh t*hi. Call peniaga dia cakap tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan t*hi,” tulisnya.


Menerusi ruangan balas, ramai yang mengkritik peniaga berkenaan yang tidak mencuci perut tersebut sebelum dijadikan hidangan.

“Takkan lah orang tak reti beza tahi atau lemak kan? Perut ni memang kena cuci dan rebus bubuh macam-macam bagi hilang bau, bukan senang.”

“Tengok gambar pun dah tau bau dia macam mana. Terbau sampai ke sini.”

“Sebagai peniaga, yes ada yang ambil ringan bab kebersihan. Sama ada terlepas pandang atau basuh acuh tak acuh. Customer better minta refund dan peniaga harus refund balik sebab ni melibatkan nama baik bisnes dan jangka masa panjang. Ambil sebagai pengalaman dan pengajaran.”