Penggunaan Straw Plastik Dilarang Sama Sekali Di Selangor, Berkuatkuasa Bermula...
Hanafis Haris
17/06/2019 10:37 MYT
17/06/2019 10:37 MYT
Semua premis makanan dan minuman di Selangor dilarang untuk menyediakan straw plastik secara terbuka kepada pengguna bermula 1 Julai ini.
Perkara itu diumumkan oleh Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor Hee Loy Sian, selepas dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Menurutnya, biarpun larangan penggunaan penyedut minuman plastik telah bermula semenjak awal tahun ini namun pihak berkuasa Selangor akan mengambil langkah lebih tegas.
"Langkah ini turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk meletakkan syarat dalam Permohonan Lesen Perniagaan untuk proses pembaharuan lesen dan permohonan lesen baharu.
"Namun, penyedut minuman cuma akan diberikan sekiranya diminta oleh pengguna. Keputusan ini juga selari dengan polisi kerajaan untuk mengurangkan penggunaan ‘single-use plastics’ seperti beg plastik, polisterin dan banyak lagi," katanya.
Menurutnya, pihak PBT juga akan melaksanakan pemantauan dari masa ke semasa ke atas semua premis di Selangor untuk memastikan perlaksanaan larangan penggunaan straw ini.
Sumber: The Star