Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberi penghargaan terima kasih kepada semua penghantar makanan yang telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Malah Fazley turut berpesan supaya semua pihak turut membalas layanan yang baik kepada penghantar makanan itu kerana mereka juga manusia biasa.

"Buat semua @grabfoodmy riders terima kasih banyak kerana sentiasa berusaha sehabis baik untuk menghantar makanan yang di pesan.

"Kepada kita semua, sama-sama kita ingat bahawa grab riders juga manusia biasa. Tiada salahnya jika kita sentiasa berkomunikasi penuh sopan santun di dalam chat sekali pun.

"Walau tak kenal mereka siapa secara peribadi. Ucapan terima kasih, dan memberikan mereka 5 stars akan membantu mereka untuk terus bersemangat mencari rezeki dan menghantar rezeki buat kita!" tulisnya.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik perbualannya bersama salah seorang penghantar makanan itu.

Pemilik restoran Suka Sucre itu kagum dengan penghantar makanan berkenaan apabila perlu mengawal keinginannya untuk berswafoto dengannya kerana sedang bekerja.

"Buat rider Grab yang satu ini, saya kagum kerana anda tetap menjaga SOP walaupun dalam hati teringin nak berselfie. Insya-Allah kita selfie di luar waktu kerja ok?” ceritanya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Fazley yang menghargai kerjaya penghantar makanan.

Buat semua @grabfoodmy riders terima kasih banyak kerana sentiasa berusaha sehabis baik untuk menghantar makanan yang di pesan. Kepada kita semua, sama2 kita ingat bahawa grab riders juga manusia biasa. Tiada salahnya jika kita sentiasa berkomunikasi penuh sopan santun di dalam chat sekali pun. Walau tak kenal mereka siapa secara peribadi. Ucapan terima kasih, dan memberikan mereka 5 stars akan membantu mereka untuk terus bersemangat mencari rezeki dan menghantar rezeki buat kita! . Buat rider Grab yang satu ini, saya kagum kerana anda tetap menjaga SOP walaupun dalam hati teringin nak berselfie.Insya allah kita selfie di luar waktu kerja ok? @mhmdfkhrazzi_

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on