Penghantaran Pertama Vaksin Pfizer Kanak-Kanak Tiba Hari Ini, Pemberian Akan Bermula Pada...
Gempak
27/01/2022 23:30 MYT
27/01/2022 23:30 MYT
Penghantaran pertama bagi Vaksin Pfizer (kanak-kanak) akan tiba di negara ini pada hari ini (Jumaat).
Ia akan terus dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dengan ketibaan vaksin itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun bermula 3 Februari ini melalui Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Menurutnya, Vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) adalah selamat dan berkesan untuk kanak-kanak.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar PICKids di Dewan Serbaguna KKM, Putrajaya semalam.
Sumber: Sinar Harian
Foto: 123rf