Hiburan

"Penghibur Hati Mummy Daddy" - Ini Ucapan Manis Nad Zainal Sempena Hari Lahir Anak

gempak
Asraf Aided
14/10/2019
13:31 MYT
Sponsor Banner
"Penghibur Hati Mummy Daddy" - Ini Ucapan Manis Nad Zainal Sempena Hari Lahir Anak
Pelakon Nad Zainal menulis ucapan istimewa buat hari lahir anak sulungnya, Fahad Ibrahim yang ke-3.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Fahad Ibrahim nama diberi, anak sulungku, penghibur hati Mummy Daddy, Yem... Selamat Hari Jadi.
"Masa menaip ni, awak masih tidur atas badan Mummy, selalu Mummy terbayang apa Yem buat di rumah bila Mummy kerja," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Nad juga berharap anaknya itu belajar membaca dan dapat membaca ucapan manisnya itu tahun hadapan.
"Mummy sayang Yem tau.. Harapnya tahun depan Yem dah boleh baca kapsyen ni," tambahnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat Yem dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
Beberapa jam selepas entri tersebut, Nad turut berkongsi video dan foto ketika sambutan hari lahir Yem di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live