Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Penghormatan Untuk Arwah Nenek” - Busana AJL Ernie Zakri Ambil Inspirasi Bentuk Tembikar Kaum Baba & Nyonya

Azwa Rahman
15/03/2021 08:38 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan maksud sebenar di sebalik penghasilan gaun kembang di pinggul yang dipakai sewaktu Anugerah Juara Lagu ke-35 adalah sebagai penghormatan kepada arwah neneknya, Rokayah Abdullah.

Menurut Ernie, dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pereka fesyen Amaze untuk menghasilkan busana persembahan lagu Gundah yang liriknya mengisahkan percintaan datuk dan neneknya.

“Ya, baju ini saya ‘pay homage’ to Allahyarhamah Rokayah Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an,” jelas Ernie di ruangan kapsyen.

A post shared by @erniezakri


Perkongsian itu dibuat menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto gaun berkenaan.

Menerusi hantaran yang berbeza, pereka fesyen Amaze memaklumkan gaun tersebut diinspirasikan daripada budaya Peranakan atau lebih tepatnya, mengambil bentuk tembikar kaum Baba dan Nyonya.

“Arwah nenda Ernie berketurunan Peranakan. Pada asalnya kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik, agar mood berkabung itu lebih bangkit.

“Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalik. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata,” jelas Amaze menerusi satu hantaran terbaharu.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang menitipkan ucapan tahniah buat penerima anugerah Vokal Terbaik AJL35 itu dan berbangga dengan persembahannya.

Congrats Ernie. Your talent is out of this world. Every single time i watch you i get goosebumps. Such a huge fan, love you,” komen pelakon Amelia Handerson.

Tahniah baby, love you,” kata pengacara Sherry Alhadad.

Syukur! So proud of you. You nailed it last night Ernie! I got goosebumps the whole performance! Tahniah, you deserved it,” komen seorang wargamaya.

Girl power, so cantik! Love you kak,” ujar seorang wargamaya.

Performance yang mantap dan menyentuh hati. Salute you kak,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian busana Ernie tersebut telah meraih hampir 60,000 tanda suka daripada pengikutnya.

#Ernie Zakri #AJL35 #Budaya Peranakan
;