Berita
Pengidap Kanser 'Serviks', Sakit Tulang Belakang & Berhutang Dengan Keluarga - Ini Kisah Bakal Peserta Mikrofon Impian
Astro dengan kerjasama Chatime Malaysia kini tampil dengan program realiti nyanyian baharu berjudul Mikrofon Impian untuk membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Menerusi ujubakat yang diadakan baru-baru ini di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru terdapat pelbagai kisah yang dikongsikan oleh para peserta.
Ada diantara mereka yang ingin mengubah nasib keluarga kerana tidak mahu dibelenggu oleh kesusahan hidup, menghidap penyakit kronik dan masalah hutang yang tidak dapat diselesai.
Menghidap penyakit kanser pangkal rahim (Serviks), sakit tulang belakang dan masalah hutang dengan keluarga sehingga mendapat cacian merupakan antara masalah yang dikongsikan oleh bakal para peserta Mikrofon Impian.
Ternyata hidup ini bukan sesuatu yang indah bagi mereka yang mempunyai masalah dan bebanan hutang.
Kisah yang dikongsikan oleh mereka amat memilukan hati sehingga boleh menitiskan air mata.
Jadi jika ingin mengetahui lebih mengenai kisah disebalik masalah yang dihadapi oleh peserta Mikrofon Impian jangan lupa untuk menyaksikan program ini esok.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Anda juga boleh menyaksikan Mikrofon Impian menerusi laman web www.gempak.com.