Hiburan
“Pengiktirafan Ini Bukan Untuk Saya Tetapi Negara” - Ini Jawapan Dr. Noor Hisham Apabila Disanjung... Humble Sangat!
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah begitu merendah diri apabila diminta mengulas mengenai pengiktirafannya sebagai tiga doktor terbaik di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @shukery_azizan berkongsi jawapan Dr. Noor Hisham mengenai pengiktirafan tersebut yang ditanya oleh pihak media kepadanya.
“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan.
“Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia,” jawab beliau ketika memberikan komen.
Malah, beliau turut memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian yang memberikan kerjasama dan rakyat Malaysia.
Hasil tinjauan Gempak di ruang Twitter, rata-rata wargamaya memuji keperibadian dan kepimpinan yang ditonjolkan oleh tokoh kesihatan itu.
“Di saat dia boleh mengangkat dirinya setinggi mungkin, namun dia tetap memilih untuk mengangkat orang dan pihak lain khususnya negara. Moga kita dapat mencontohi peribadinya yang penuh rendah diri,” tulis seorang wargamaya.
“Inilah ciri-ciri kepimpinan yang amat bagus. Beri pengiktirafan kepada pasukannya. Rendah diri,” komen seorang wargamaya.
“Ya. sejenis pemimpin yang sangat bagus. Pertama dia sayangkan negara. Pastu dia pentingkan kerjasama KKM dan kementerian lain. Dan dia tak lupa ketua dia, YAB PM,” puji seorang wargamaya.
“Aku yg tak pernah-pernah suka tengok sidang media pun terus suka tengok sebab jawapan yang dia bagi memang terbaik,” ujar seorang wargamaya.
“Kenapa mata berair ni. Alhamdullilah syukur pada Allah,” luah seorang wargamaya lagi.
Baru-baru ini sebuah stesen televisyen China, Global TV Network menyenaraikan Dr. Noor Hisham, Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand sebagai tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani wabak merbahaya ini.
Must-Watch Video