Pelakon Azhan Rani menegur tindakan seorang warganet yang tiba-tiba meninggalkan komen tidak suka melihat pelawak Ali Puteh di dalam posting Instagram (IG)nya.

Azhan menerusi sebuah hantaran telah memuat naik tangkap layar individu tersebut dengan tujuan untuk menasihati bukan mengaibkan.

Tambah Azhan lagi dia tidak mempunyai masalah dengan pelawak tersebut dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal peribadi Ali.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Toxic detected. Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat. Tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toxic.

“Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan Ali Puteh ramai je yang pandang semacam kat aku. Why aku baik sangat dengan dia.

“Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production takde masalah. Apa yang aku jawab kat komen tu jujur dan ikhlas. Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa excited nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi dengan isu dia,” tulis Azhan.

Azhan berkata setakat ini Ali sangat komited dengan kerja dilakukan dan merupakan penceria di set penggambaran.

“So far kerja dia bagus, dia penceria set. Set akan suram bila hari dia tak ada. Apapun masalah dia, aku pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak aku atau kita yang tak ada kena mengena ni untuk mengadilinya.

“Beria jugak aku menjawab panjang-panjang komen tu. Rupanya bila selak bio tukang komen tu terserlah jawapan yang dia cari.

“Mungkin dia lupa apa yang pernah dia tulis kat bio dia,” katanya merujuk kepada pengguna laman sosial yang menulis prinsip ‘tak suka angkat kaki’ di IGnya.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Pelakon Bikin Filem itu turut memohon maaf kepada individu tersebut kerana terpaksa bertindak tegas untuk menghentikan penyebaran toksik.

“Abang minta maaf dik…Abang up kan ko ni bukan sebab nak tengok ko popular pun. Tapi sebab nak stopkan kau sebarkan toxic.

“Tak baik pun buat macam tu. Kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak payah libatkan orang lain yang tak ada kena mengena. Ke ko jumpa Ali puteh tu settlekan masalah kau dengan dia.

“Inshaallah dik kita try la berbuat baik sesama kita. Kita hormat orang inshaallah ramai orang akan hormat kita.

“Kadang-kadang tu bila kita lantang nau cakap kita tak minat orang tu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita. Wallahualam.

“Hidup ini senang je. Kalau kau tak suka angkat kaki,” tulis Azhan.

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)