Hiburan
Pengikut Pertikai Lisa Surihani Tak Kongsi Gambar Anak Di Laman Sosial
Salah seorang pengikut akaun Instagram pelakon Lisa Surihani mempertikai tindakan aktres tersebut tidak berkongsi foto bayi sulungnya di laman sosial tersebut.
Pengikut tersebut yang menggunakan nama samara ‘kupu__kupu’ telah meninggalkan komen “mana gambar anak you..langsung tak tunjuk. macam tak wujud pulak..selalu orang happy nak tunjuk amanah Allah bagi.”
Bagaimanapun keterujaan ‘kupu__kupu’ yang mahu isteri kepada pelakon dan pengarah Yusry Abdul Halim itu berkongsi foto bayi perempuan mereka, Yahaira Leanne telah disalaherti oleh pengikut lain.
Kebanyakan mereka menegur ‘kupu__kupu’ dan mempertahankan hak Lisa untuk mempamerkan wajah anaknya atau tidak.
Bagaimanapun Lisa tidak memberi sebarang komen balas kepada ‘kupu__kupu’. Sebelum ini, Lisa pernah memberi amaran kepada individu yang telah membuka akaun palsu yang menggunakan nama ‘Yahaira Leanne’.
Akaun palsu tersebut dibuka selepas beberapa jam Lisa mengumumkan nama bayi comelnya itu pada 22 September lepas.
Yahaira Leanne dilahirkan seberat 3.4kg pada 15 September 2015 pada kira-kira pukul 11:44 malam di Pantai Medical Centre Bangsar.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin