UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
ASTRO RAMADAN 2025

Pengisian Menarik & Penuh Kerohanian, Astro Saji Lebih 70 Kandungan Baharu Sepanjang Ramadan

Khairil Khusyairi 13/02/2025 | 15:13 MYT
Astro, selaku syarikat peneraju industri hiburan di Malaysia sekali lagi teruja untuk menyambut ketibaan Ramadan 1446 Hijrah dengan membawakan tontonan dan pengisian lebih menarik untuk sajian seisi keluarga.

Penuhi Keperluan Tontonan Setiap Lapisan Umur

Para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian menarik yang dapat memenuhi keperluan tontonan untuk setiap lapisan umur dan isi rumah, menerusi pilihan kandungan di platform televisyen, radio,

digital serta penganjuran aktiviti lapangan.
Selain menawarkan pelbagai seleksi kandungan, kemeriahan kempen Ramadan dan Raya Astro 2025 juga menampilkan barisan duta yang dilantik untuk turut bersama membawakan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon dan pengacara berbakat termasuk Zizan Razak, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Merqeen dan juga Sherry Alhadad.
Untuk kempen Ramadan pada 2025, Astro sekali lagi membawakan siri jelajah ‘Assalamualaikum’ sebagai program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi terpilih dengan tujuan untuk mendekati dan menyantuni masyarakat setempat.
Sebanyak 300 buah pek prihatin berupa bantuan barangan keperluan telah diagihkan di semua lokasi kepada orang ramai. Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Negeri Sembilan dan Kedah manakala lokasi seterusnya pula akan berlangsung di Kelantan pada 14 Februari 2025.
Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, “Ramadan ini Astro akan terus membawakan program yang segar, baharu dan menarik sesuai dengan kehendak dan citarasa setiap pelanggan Astro. Pengisian kandungan kali ini mengajak masyarakat untuk melakukan lebih dari sekadar beribadah, tetapi juga menyatukan komuniti, berkongsi rezeki dan mencipta momen berharga bersama keluarga tersayang. Kami menawarkan seleksi program, terdiri dari program berunsur kerohanian, barisan drama terhebat, program variasi santai, rancangan kanak-kanak, kandungan digital dan juga kandungan platform radio, semuanya untuk dinikmati oleh setiap lapisan umur sepanjang Ramadan ini. Akhir kata, Salam Ramadan Mubarak. Semoga kita semua mendapat limpahan rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini,” katanya.
Sorotan Kandungan Ramadan 2025 di Platform Astro:

Platform Televisyen

Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program kerohanian, drama terbaik, pengisian hiburan, variasi, gaya hidup dan animasi yang untuk sajian penonton seisi keluarga sepanjang Ramadan, termasuk:

Program terbaharu inspirasi Rohani sambil indahkan Ramadan, di Astro Oasis (Saluran 106)

Sajian drama terus menjadi pilihan No. 1 penonton Malaysia dan Astro bakal menyajikan 7 drama baharu sepanjang Ramadan 2025.

Program-program variasi menarik pula bakal menyajikan kesemua rancangan ini di
Astro Ria (Saluran 104):

Pelbagai Sajian Buat Tontonan Seisi Keluarga & Program Komedi Terbaik menerusi saluran
Astro Prima (Saluran 105);

Manakala program kanak-kanak dan animasi di Astro Ceria, (Saluran 611) pula akan
menampilkan:

Platform Digital

Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik di platform Astro Gempak, termasuk:

Astro First

Peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di Astro First (Saluran 480) termasuk:

Platform Radio

Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:

Ramadan WhatsApp Sticker

Eratkan hubungan anda bersama keluarga dan yang tersayang dengan sticker Istimewa Ramadan dari Astro. Sticker menarik oleh selebriti Astro ini sesuai digunakan untuk semua. Para pelanggan boleh muat turun sticker istimewa ini di aplikasi My Astro dan kongsi kepada kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tanggungjawab Sosial Korporat (Astro ESG)

Berkesempatan dengan bulan Ramadan ini, pihak Astro Kasih sekali lagi menganjurkan Kempen Program Kasih Ramadan dengan membuka tabung sumbangan kepada masyarakat umum untuk membantu golongan yang memerlukan. Bantuan boleh disumbangkan melalui akaun RHB Bank Berhad, Yayasan Astro Kasih di nombor 21412900254230.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian terkini kandungan Ramadan Astro 2025, sila layari http://astroramadan.com.my/ atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

#Ramadan #Program #Menarik #Kandungan #Astro Ramadan 2025 #Meriah Lain Macam