Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Pengorbanan Saya Tak Sia-Sia” - Dinda Dania Dinobatkan Juara Ceria Popstar Xtra!

Azwa Rahman
17/08/2022 14:02 MYT
Remaja berusia 17 tahun, Dinda Dania berjaya dinobatkan sebagai juara Ceria Popstar Extra sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Satu-satunya finalis lelaki bernama Iqmal mendapat tempat kedua dan berjaya mendapat hadiah bernilai RM10,000.

Kedudukan ketiga dibawa pulang oleh Damia manakala Amani berada di tempat ke empat.

Menurut Dinda, dia menyifatkan kemenangannya sebagai keajaiban memandangkan prestasinya yang turun naik setiap minggu.

“Saya rasa sangat tak percaya, rasa macam satu keajaiban sebab bagi saya, persembahan saya setiap minggu ada naik turun. Memang tak sangka dapat jadi juara, teruja sangat-sangat.

“Nak menangis tu memang ada, selama ni pengorbanan saya tak sia-sia. Bawakan lagu rock untuk final, memang rasa bertuah sangat! Selama ni Dinda memang suka busking. Dari kecil memang Dinda suka lagu rock tapi hanya konsert final je baru saya nak bawa lagu rock,” ujar Dinda kepada Gempak.

Dinda ditemui pada malam konsert akhir Ceria Popstar Xtra yang diadakan di studio Visual Three, Sri Kembangan.

Pada malam akhir yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu menyaksikan kesemua empat finalis membawakan dua buah lagu top penyanyi popular antaranya Gundah dan Pelesit Kota (Dinda), Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti dan Malam Ini Kita Punya (Iqmal), Canggung dan Sumpah (Damia) serta Paku dan Pudar (Amani).

Selebriti Mira Filzah ditugaskan sebagai juri jemputan manakala Johan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Istimewanya lagi Haqiem Rusli yang membawa watak kucing CX juga menjadi juri jemputan.

#Mira Filzah #Haqiem Rusli #Ceria Popstar Xtra #Dinda Dania
;