Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!
Firdaus
03/07/2024 15:58 MYT
03/07/2024 15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Mengetengahkan genre yang disifatkan lain daripada yang lain, Framed berjaya memperolehi skor setinggi 9.2 dan kritikan positif dari @wayangpeople yang membuatkan ia antara drama tempatan wajib tonton untuk tahun ini.
Jadi bagi yang belum berkesempatan untuk menonton, ini antara kelainan yang dibawakan dalam siri Framed:
Penceritaan Yang Menarik
Mempunyai dua plot penceritaan, Framed memberikan pengalaman yang tidak suram dan membosankan buat penonton. Plot tersebut juga dikaitkan pada akhir penceritaan yang menjadikan ia lebih menarik pada penghujung drama.
Karakter Beri Impak
Setiap karakter memberikan impak yang besar dalam drama. Karakter-karakter di dalam Framed juga bukan hanya sekadar memenuhi ruang kosong, tetapi mempunyai motif tersendiri dan berkait dengan cerita.
Sinematografi Yang Mantap
Mempunyai coloring yang cantik dan seimbang, sinematografi di dalam Framed setara dengan drama-drama antarabangsa.
Lakonan Bermutu Tinggi
Menampilkan Mimi Lana dan Meerqeen sebagai teraju utama. Penglibatan pelakon-pelakon veteran seperti Zamarul Hisyam dan Rusdi Ramli juga tidak disia-siakan kerana gaya lakonan yang dibawakan bersahaja dan memberi kesan kepada penonton.
Produksi Yang Teliti
Setiap lokasi set yang dipilih sangat teliti menjadikan bandar fiksyen Krung Merah tampak lebih nyata. Keseluruhan reka bentuk produksi selari dengan jalan cerita yang diketengahkan.
Sinopsis Framed
Menyusuri perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.
Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya.
Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.
Framed kini boleh di strim di Astro Go dan Sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my