Pengulas Sukan Raih Pujian Netizen Lepas ‘Palau’ Kemunculan Atlet Israel Pada Pembukaan Olimpik 2024
Ainun
27/07/2024 04:25 MYT
27/07/2024 04:25 MYT
Video acara pembukaan temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris tular apabila pengulas sukan RTM tidak membuat ulasan mengenai kemunculan pasukan Israel yang sedang menyusuri Sungai Seine pagi tadi.
Sebaliknya, menerusi video berdurasi 37 saat itu, pengulas sukan memilih untuk berbicara mengenai kejaguhan pasukan atlet dari negara lain.
Selain itu, visual perarakan pasukan Israel turut tidak ditayangkan di televisyen.
Tentu sekali, tindakan RTM itu meraih pujian daripada netizen.
Antara komen yang ditinggalkan:
"Terbaik pengulas pagi tadi, bila keluar team yang kurang dikenali terus pengulas sebut tentang jaguh atau atlet yang perlu diberi perhatian dari negara itu. Penonton tahu walaupun negara kecil tapi mempunyai jaguh atau atlet yang mampu memberi pingat kepada negara itu.”

"Terbaik.”
"Terus tak wujud dalam skrin TV. Macam tu juga sepatutnya dalam peta dunia, tiada negara bernama Israel dalam peta dunia.”
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 69,00” tontonan.
Sekadar info, Sukan Olimpik Paris 2024 kini sedang berlangsung di Perancis dari 26 Julai 2024 hingga 11 Ogos 2024.