Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, disambut baik oleh semua pihak.

PM mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam ucapannya petang tadi PM turut memberitahu calon peperiksaan utama terutama di negeri dikenakan PKP bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memperincikan SOP ini," katanya dalam Perutusan Khas PKP, petang tadi (Isnin).

Bagaimanapun ada di kalangan pengguna laman sosial di pelbagai platform terutama ibu bapa menyatakan kekeliruan tentang pembukaan sekolah dan taska.

Rata-rata ibu bapa menuntut penjelasan serta kenyataan lebih jelas daripada pihak kementerian berkenaan isu terbabit.

Ini kerana menurut mereka (ibu bapa), kelengkapan persekolahan anak-anak perlu disediakan termasuk pembayaran yuran dan pengasuh serta hal-hal lain.

Sementara itu di laman sosial Facebook Menteri Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memuat naik pekeliling terkini berkaitan pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM susulan pengumuman dibuat PM.

Mohd Radzi turut memberitahu akan menjelaskan mengenai perkara tersebut dengan lebih terperinci menerusi sidang media esok.

Berikut adalah kenyataan media tentang pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM susulan pengumuman YAB Perdana...

Posted by Dr Radzi Jidin on Monday, 11 January 2021

Terdahulu, PM mengumumkan PKP Bersyarat (PKP-B) turut dijalankanke atas enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.