Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

Gempak
12/08/2024 09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.


Juruterbang terkorban


Memetik kenyataan Kosmo kejadian itu turut mengorbankan nyawa juruterbang berkenaan.

Serpihan kipas helikopter yang hancur mendarat ke dalam kolam hotel itu dalam kejadian 1.50 pagi (waktu tempatan) berlaku di bandar utara tropika Cairns, Canberra, Australia.

Juruterbang yang merupakan penumpang tunggal pesawat itu ditemui dan diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala siasatan forensik sedang dijalankan untuk mengenal pasti identitinya.

Penyelia perkhidmatan Queensland Ambulans, Caitlin Denning berkata, kipas pesawat itu tercabut.

“Satu daripadanya mendarat di Cairns Esplanade, manakala kipas kedua jatuh ke dalam kolam hotel di tingkat bawah dan ia terbakar,” katanya kepada media tempatan.

“Terdapat laporan mengenai bunyi seperti bom dan orang ramai turut melihat kebakaran serta asap,” tambah Denning.


Kebakaran di bumbung bagaimanapun berjaya dipadamkan pada lewat pagi.

Sumber: Kosmo
#Australia #Juruterbang #Helikopter #Terhempas